Wednesday, June 17, 2009

PENUBUHAN UNIT ICT

Unit ICT ditubuhkan secara rasminya oleh Guru Besar (GB) Encik Aminuddin bin Abdul Hamid, AMN. AMP. setelah mengambil kira perkembangan ICT yang semakin pesat berkembang dari hari ke hari. Diantara tugas-tugas yang telah diamanahkan dan dijalankan oelh unit ini sepanjang penubuhannya ialah seperti menyelenggara peralatan ICT sekolah seperti LCD dan laptop PPSMI.

Namun demikian, unit ini juga telah diamanahkan oleh GB untuk menghasilkan klip video pertama pada tahun ini iaitu semasa sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan pada 18 Mei 2009 yang lalu. Di mana pada hari tersebut, perutusan daripada Menteri Pelajaran tidak lagi dibacakan di hadapan perhimpunan seperti sebelum-sebelum ini, sebaliknya dirakamkan dan diedit terlebih dahulu. Dalam majlis tersebut, perutusan tersebut hanya ditayangkan di hadapan murid-murid dan juga ibu bapa yang hadir.

Namun demikian, itu hanyalah permulaan. Unit ICT sekali lagi diamanahkan untuk penghasilan klip video yang lebih menarik sempena sambutan hari guru peringkat daerah. GB telah dipertanggungjawabkan dalam jawatankuasa Tokoh Guru. Unit ini telah diberikan tugas oleh GB untuk menghasilkan video Tokoh Guru.

2 comments:

  1. gambar koi jgn delete ya.. biorla kt situ he he he

    ReplyDelete
  2. apa projek terbaru unit ict. kita mana bole dok diam je kan .

    ReplyDelete