Friday, July 24, 2009

SAKIT

Pada pagi Selasa, 21/07/2009 yang lalu, salah seorang ahli unit ICT SKPP telah dimasukkan ke emergency room akibat sakit belakang yang teramat sangat... Beliau, En. Md. Yazed, telah disahkan menghidap penyakit batu karang dan telah mendapat MC selama 2 hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu... Semalam beliau telah hadir ke sekolah semula tetapi masih dalam keadaan menanggung kesakitan... Appointment dengan pakar dalam pertengahan bulan Ogos... Sementara menantikan pertemuan tersebut, beliau mencuba untuk mencari sekiranya ada perubatan alternatif yang boleh membantu beliau dalam menghadapi masalah ini... Jika ada teman-teman yang boleh membantu, bolehlah menghubungi unit ini pada bila-bila masa sahaja....
Hari ini, Unit ICT akan bertungkus lumus untuk menyiapkan peralatan siaraya untuk majlis J-QAF yang akan diadakan pada hari Isnin yang akan datang...

Wednesday, July 22, 2009

BULAN KECERGASAN

Unit ICT SKPP sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugasan yang agak besar iaitu sebagai penyedia alat siaraya untuk majlis Penutupan Bulan Kecergasan yang diadakan di Taman Rekreasi Kubang Gajah (Bukit Angin) di Temerloh, Pahang. Majlis tersebut diadakan pada hari Ahad, 19/07/2009 bermula seawal jam 8 pagi dimulai dengan senamrobik seterusnya acara Big Walk... Hampir semua daerah dalam Negeri Pahang menghantar wakilnya kecuali hanya 2 daerah yang tiada wakil... Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah bermula pada pukul 10.30 pagi. Gambar akan diuploadkan kemudian kerana blum sempat nak edit lagi... Dan minggu dpan, 27/07/2009, hari Isnin, unit ini skali lagi akan menyediakan peralatan siaraya dan juga dokumentasi dan rakaman untuk majlis kuiz, tilawah dan kalam jama'i J-QAF peringkat daerah Temerloh. Sekolah Kebangsaan Paya Pulai akan menjdi tuan rumah untuk majlis tersebut... 5 ahli unit ini akan terlibat secara langsung sepanjang majlis tersebut berlangsung...

Tuesday, July 14, 2009

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Dalam kehidupan seharian, ada pertemuan dan ada perpisahan... Namun, dalam bulan Jun dan Julai ini terlalu banyak peristiwa yang berlaku... Pemergian dan kehadiran yang silih berganti... Persaraan seorang guru senior... Kehadiran seorang technician melapo diri... Namun apa yang sangat menyedihkan dan sangat terasa akan kehilangannya ialah seorang ahli unit ICT yang telah menerima tawaran sebagai GPK KOKO di Kg Raja, Cameron Highlands... Walau pada mulanya beliau mengatakan tidak akan menerima tawaran tersebut, namun, beliau akhirnya menerima jua tawaran tersebut... Pemergian Cg Hamzah adalah satu kehilangan yang sangat besar kepada CREW UNIT ICT SKPP... Itu adalah keputusan beliau, dan orang lain harus menghormati keputusannya... Semoga beliau akan sentiasa cool mengajar PJ pada waktu tengahari di sana...

Ucapan Perpisaha

Menghayati amanat yang disampaikan oleh ABAH

Beramah mesra sebelum melangkah mendaki bukit nan tinggi

Ketika majlis persaraan Puan Siti Salasiah

Ahli yang baru menerima ahli baru yang kelima dalam keluarganya