Wednesday, July 22, 2009

BULAN KECERGASAN

Unit ICT SKPP sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugasan yang agak besar iaitu sebagai penyedia alat siaraya untuk majlis Penutupan Bulan Kecergasan yang diadakan di Taman Rekreasi Kubang Gajah (Bukit Angin) di Temerloh, Pahang. Majlis tersebut diadakan pada hari Ahad, 19/07/2009 bermula seawal jam 8 pagi dimulai dengan senamrobik seterusnya acara Big Walk... Hampir semua daerah dalam Negeri Pahang menghantar wakilnya kecuali hanya 2 daerah yang tiada wakil... Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah bermula pada pukul 10.30 pagi. Gambar akan diuploadkan kemudian kerana blum sempat nak edit lagi... Dan minggu dpan, 27/07/2009, hari Isnin, unit ini skali lagi akan menyediakan peralatan siaraya dan juga dokumentasi dan rakaman untuk majlis kuiz, tilawah dan kalam jama'i J-QAF peringkat daerah Temerloh. Sekolah Kebangsaan Paya Pulai akan menjdi tuan rumah untuk majlis tersebut... 5 ahli unit ini akan terlibat secara langsung sepanjang majlis tersebut berlangsung...

No comments:

Post a Comment