Friday, February 5, 2010

Seorang lagi

Seorang lagi sahabat unit ICT akan meninggalkan sekolah kerana menerima kenaikan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Mayam... Beliau ialah ialah En Syukur Fadzlan... Narrator untuk unit ICT... Lepas nie pening laaa pulak nak kena mencari narrtor yang baru untuk sebarang program sekolah...

Tuesday, October 20, 2009

semalam, 19.10.2009 satu program ceramah anti dadah, oleh AADK telah diadakan... dan sekarang nie, hari ini, 20.10.2009 program ceramah kesihatan sedang diadakan

Thursday, October 15, 2009

Gambar

2-3 ari nie aku test utk upload gambar kat blog nie, tapi x lps2... 2 yg aku wat slide show xtvt 2009 kat atas tue... smua gmbr aku upload kn kt dlm folder tue shj... jd, kalu nak tgk gmbr tue, klik aje pd gmbr 2...

Thursday, October 8, 2009

Aktiviti Berterusan

Salam wat semua... Sebelum cuti raya, ada majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada hari Rabu... Hari Khamis, majlis Khatam al-Quran... Pastu cuti raya... Naik cuti raya, start dr hr Rabu lg kitorang dah bertungkus lumus menyediakan peralatan dan bahan2 untuk membuat dan membakar lemang... Yang paling mencabar sekali ialah ketika mengambil daun pisang pd hari Rabu... Sikit punya susah nk amik daun pisang, menuruni lurah yang curam seberang anak sungai kemudian nya mendaki bukit yg juga curam... Hr Khamis membasuh buluh, mengambil kayu api dan mengisi daun pisang dan beras pd waktu pg... Ptg start membakar... Malam bakar ayam... Ari Jumaat berlakulah majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah... 225 batang lemang berjaya dihabiskan dengan bantuan murid, guru, staf dan ibu bapa yang turut hadir... Semalam, unit ICT bergerak ke Cheras untuk mengambil gambar murid yang terlibat dengan kuiz Street Smart peringkat kebangsaan... Murid SK Paya Pulai telah terpilih untuk mewakili negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan... Gambar akan diuploadkn pd mggu depan...

Tuesday, September 15, 2009

Lama Menyepi

Salam wat semua... Dah lama x update blog nie... Kannya apa, cuma bz skit... Skrg nie tgh sibuk duk wat wirering utk plug akuarium... Akuarium yg ada smuanya dah dibaikpulih dan dah dihidupka motornya... Ikan juga dah dimasukkan dlm akuarium tersebut... Jd skrg nie tgh wat segala yg ptt utk memastikan akuarium tersebut berada dlm thp yg paling optimum... Esok ada majlis Penutupan bulan merdeka dan lusa ada majlis khatam al-Quran... Hari ni ambil gambar murid pra sekolah... Jd lpas mggu nie la kalu blh nak uploadkn gambar... Ok jumpa lagi...

Friday, July 24, 2009

SAKIT

Pada pagi Selasa, 21/07/2009 yang lalu, salah seorang ahli unit ICT SKPP telah dimasukkan ke emergency room akibat sakit belakang yang teramat sangat... Beliau, En. Md. Yazed, telah disahkan menghidap penyakit batu karang dan telah mendapat MC selama 2 hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu... Semalam beliau telah hadir ke sekolah semula tetapi masih dalam keadaan menanggung kesakitan... Appointment dengan pakar dalam pertengahan bulan Ogos... Sementara menantikan pertemuan tersebut, beliau mencuba untuk mencari sekiranya ada perubatan alternatif yang boleh membantu beliau dalam menghadapi masalah ini... Jika ada teman-teman yang boleh membantu, bolehlah menghubungi unit ini pada bila-bila masa sahaja....
Hari ini, Unit ICT akan bertungkus lumus untuk menyiapkan peralatan siaraya untuk majlis J-QAF yang akan diadakan pada hari Isnin yang akan datang...

Wednesday, July 22, 2009

BULAN KECERGASAN

Unit ICT SKPP sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugasan yang agak besar iaitu sebagai penyedia alat siaraya untuk majlis Penutupan Bulan Kecergasan yang diadakan di Taman Rekreasi Kubang Gajah (Bukit Angin) di Temerloh, Pahang. Majlis tersebut diadakan pada hari Ahad, 19/07/2009 bermula seawal jam 8 pagi dimulai dengan senamrobik seterusnya acara Big Walk... Hampir semua daerah dalam Negeri Pahang menghantar wakilnya kecuali hanya 2 daerah yang tiada wakil... Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah bermula pada pukul 10.30 pagi. Gambar akan diuploadkan kemudian kerana blum sempat nak edit lagi... Dan minggu dpan, 27/07/2009, hari Isnin, unit ini skali lagi akan menyediakan peralatan siaraya dan juga dokumentasi dan rakaman untuk majlis kuiz, tilawah dan kalam jama'i J-QAF peringkat daerah Temerloh. Sekolah Kebangsaan Paya Pulai akan menjdi tuan rumah untuk majlis tersebut... 5 ahli unit ini akan terlibat secara langsung sepanjang majlis tersebut berlangsung...

Tuesday, July 14, 2009

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Dalam kehidupan seharian, ada pertemuan dan ada perpisahan... Namun, dalam bulan Jun dan Julai ini terlalu banyak peristiwa yang berlaku... Pemergian dan kehadiran yang silih berganti... Persaraan seorang guru senior... Kehadiran seorang technician melapo diri... Namun apa yang sangat menyedihkan dan sangat terasa akan kehilangannya ialah seorang ahli unit ICT yang telah menerima tawaran sebagai GPK KOKO di Kg Raja, Cameron Highlands... Walau pada mulanya beliau mengatakan tidak akan menerima tawaran tersebut, namun, beliau akhirnya menerima jua tawaran tersebut... Pemergian Cg Hamzah adalah satu kehilangan yang sangat besar kepada CREW UNIT ICT SKPP... Itu adalah keputusan beliau, dan orang lain harus menghormati keputusannya... Semoga beliau akan sentiasa cool mengajar PJ pada waktu tengahari di sana...

Ucapan Perpisaha

Menghayati amanat yang disampaikan oleh ABAH

Beramah mesra sebelum melangkah mendaki bukit nan tinggi

Ketika majlis persaraan Puan Siti Salasiah

Ahli yang baru menerima ahli baru yang kelima dalam keluarganya


Wednesday, June 17, 2009

PENUBUHAN UNIT ICT

Unit ICT ditubuhkan secara rasminya oleh Guru Besar (GB) Encik Aminuddin bin Abdul Hamid, AMN. AMP. setelah mengambil kira perkembangan ICT yang semakin pesat berkembang dari hari ke hari. Diantara tugas-tugas yang telah diamanahkan dan dijalankan oelh unit ini sepanjang penubuhannya ialah seperti menyelenggara peralatan ICT sekolah seperti LCD dan laptop PPSMI.

Namun demikian, unit ini juga telah diamanahkan oleh GB untuk menghasilkan klip video pertama pada tahun ini iaitu semasa sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan pada 18 Mei 2009 yang lalu. Di mana pada hari tersebut, perutusan daripada Menteri Pelajaran tidak lagi dibacakan di hadapan perhimpunan seperti sebelum-sebelum ini, sebaliknya dirakamkan dan diedit terlebih dahulu. Dalam majlis tersebut, perutusan tersebut hanya ditayangkan di hadapan murid-murid dan juga ibu bapa yang hadir.

Namun demikian, itu hanyalah permulaan. Unit ICT sekali lagi diamanahkan untuk penghasilan klip video yang lebih menarik sempena sambutan hari guru peringkat daerah. GB telah dipertanggungjawabkan dalam jawatankuasa Tokoh Guru. Unit ini telah diberikan tugas oleh GB untuk menghasilkan video Tokoh Guru.