Thursday, October 8, 2009

Aktiviti Berterusan

Salam wat semua... Sebelum cuti raya, ada majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada hari Rabu... Hari Khamis, majlis Khatam al-Quran... Pastu cuti raya... Naik cuti raya, start dr hr Rabu lg kitorang dah bertungkus lumus menyediakan peralatan dan bahan2 untuk membuat dan membakar lemang... Yang paling mencabar sekali ialah ketika mengambil daun pisang pd hari Rabu... Sikit punya susah nk amik daun pisang, menuruni lurah yang curam seberang anak sungai kemudian nya mendaki bukit yg juga curam... Hr Khamis membasuh buluh, mengambil kayu api dan mengisi daun pisang dan beras pd waktu pg... Ptg start membakar... Malam bakar ayam... Ari Jumaat berlakulah majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah... 225 batang lemang berjaya dihabiskan dengan bantuan murid, guru, staf dan ibu bapa yang turut hadir... Semalam, unit ICT bergerak ke Cheras untuk mengambil gambar murid yang terlibat dengan kuiz Street Smart peringkat kebangsaan... Murid SK Paya Pulai telah terpilih untuk mewakili negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan... Gambar akan diuploadkn pd mggu depan...

No comments:

Post a Comment